Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

/
0 Comments
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan2 fb, hanya nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, saya dapat panggilan daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sangat berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye saya bercakap, ada apa ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank encik.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat pangilan dari maybank sebelum ni cakap perkara yg sama, jadi saya percaya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan sekarang.
boleh saya tau alamat penuh en?
Mz: alamat saya Lot 1951, Kg Padang lalang...........
Wi: boleh dapatkan no ic
Mz:890002-00-0000
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye saya...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...sekarang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ada...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan saya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang saya ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendapatkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik-klinik terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dan en juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamat yang en berikan. jad ini berharaga RM299.00. Saya telah pun membuat penolakan dari kad maybank en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, kenapa pulak tiba-tiba awak nak ambil duit saya? ada saya cakap saya nak beli kad awk ni..jangan nak memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat saya nak sangat dengan kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en tak nak, sy tak akan hantar kad tu..tapi duit encik telah ditolak..bila-bila masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantarkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja TNB..sy tak perlukan kad awk..saya dapat semua kemudahan perubatan..ibu bapa saya pun dapat kemudahan jugak...kenapa perlu saya nak gunakan kad awak..sy tak nak, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) sekarang ni, sy dah tolak, en tak boleh buat apa-apa lagi..nak tak nak saya dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk kerja dengan siapa?
Wi: saya kerja di rawang dan ini adalah dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau tak ada apa-apa terima kasih kerana berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah tidak tenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 buat pangilan maybank wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nak dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 digit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalah no. yang penting untuk pengesahan kad. en tak perlu risau...dia tak berjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!


Sila share kepada rakan-rakan anda. (copy n paste artikel)

Like kami di Facebook


You may also like

No comments:

Thanks for reading :)