Apa itu Vector dan Raster
/
0 Comments
Apa itu Vector dan Raster
dibawah contoh imej raster:
saiz asal
Ada yang bertanya pada saya apakah bezanya vector dan raster
image? Atau ada juga yang bertanya adakah Photoshop dan Illustrator berbeza?
Jawapannya, ya! Sudah pastinya berbeza.
Sebelum kita pergi lagi lanjut, biarlah saya menerangkan
apakah definisi kedua-dua jenis image tersebut.
Imej Vector
Definisi Vector
Images defined by sets of straight lines, defined by the
locations of the end points. At larger magnifications, curves may appear
jagged. This condition is call aliasing. www.wrightcolorgraphics.com/v.htm
Definisi ini saya kutip dari
www.wrightcolorgraphics.com/v.htm dan saya rasa definisi ini terlalu umum dan
tidak dapat memberi penjelasan seperti yang saya mahukan. Jadi biarlah saya
yang memberi penerangan kepada anda apakah image vector tersebut.
Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada
koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.
Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan
matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya.
Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya
adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.
Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan
dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah
sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
Logo
Animasi
Kartun
Clip art
Button
Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang
terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
Adobe Illustrator
Corel Draw
AutoCAD
Macromedia/Adobe Flash
Macromedia FreeHand
Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza
bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design
penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer
manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior
Designer.
Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila
anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah.
Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang
disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.
Imej Raster
Definisi Raster
A graphic image stored as a specific arrangement of screen
dots, or pixels. Web graphics are bitmap images. A graphic which is defined by
specifying the colors of dots or pixels which make up the picture. Common types
of bitmap graphics are GIF, JPEG and TIFF.
www.lehigh.edu/~kko2/wwd/glossary.html
Raster imej tertakluk kepada dot per inch atau dot per
pixel. Ini bermakna sekiranya anda cuba untuk besarkan saiz imej tersebut maka
petak-petak imej akan kelihatan dan kualiti juga berkurangan. Imej-imej raster
adalah kebiasaan yang anda selalu lihat seperti Jpg, Gif, PNG, Bitmap dan
lain-lain.
saiz apabila dibesarkan kelihatan kualiti hilang
Imej-imej ini selalunya tidak bertujuan “direka wujudkan”
tetapi selalunya digunakan untuk manipulasi menggunakan software-sofware
seperti:-
Adobe Photoshop
Windows Paint
Corel Photo Paint
Macromedia Fireworks
Dan lain-lain
Tentu anda confuse mengapa sebelum ini saya mengatakan Adobe
Illustrator popular digunakan oleh web designer sedangkan ianya adalah untuk
me-reka imej vector dan bagaimana pula boleh dibuat imej bagi web?
Ya, jawapannya sudah tentu boleh kerana file-file imej
vector tersebut kemudiannya akan diconvert menjadi raster dengan anda savekan
filenya dalam bentuk jpg gif png dan lain-lain.
Setakat ini artikel ringkas saya mengenai vector dan raster.
Sekiranya ia tidak mencukupi atau anda mempunyai soalan atau cadangan atau
pembetulan, silalah kemukakan di ruangan komen artikel ini untuk dikongsi
bersama.
dibawah beberapa contoh ditukarkan kepada imej vector
logo
Lukisan
P/s: saya juga menyediakan servis untuk menukarkan kepada vector imej. untuk maklumat lanjut lihat pada contact us. Anda juga boleh bertanya terus melalui facebook