Panas!!! Perhimpunan Penipuan PRU13 telah tersebar meluas di media Hong Kong

/
0 Comments


Hong Kong Apple Daily - Malaysian Mainstram Media "Silent" on Malaysian Opposition 200K Rally

Berita dari media di Hong Kong (Apple Daily)

0:04 Tajuk Berita: Perhimpunan 508 seramai 200 ribu tidak diambil berat. Media utama Malaysia meminggirkan pihak pembangkang.

0:08 (Wartawan Apple Daily live cast from KL) Seramai 200 ribu rakyat Malaysia membanjiri stadium dalam baju hitam demi demokrasi dan membantah penipuan BN dalam PRU-13.

0:14 Namun begitu, akhbar-akhbar tempatan didapati kurang membuat liputan perhimpunan ini. Wartawan kami beli 4 akhbar bahasa Malaysia, 3 akhbar bahasa mandarin, 1 akhbar bahasa Inggeris. Kecuali NanYang SiangPau ada gambar perhimpunan di mukasurat depan, Oriantal Daily dan Kwong Wah Daily pula ada liputan di mukasurat dalam, tetapi semua akhbar lain didapati tidak membuat liputan berita mengenai perhimpunan ini.

0:28 Sebaliknya, Najib yang hadir ke pejabat PM pada hari pertama dan persaraan Alex Furguson pula yang dinaikkan sebagai berita utama di muka surat depan akhbar-akhbar tempatan. Ini jelasnya pembisuan bermotif politik.

0:34 Menurut media internet terbesar di Malaysia (iaitu MalaysiaKini), seramai 4.5 juta pengguna internet dikesan mengikuti keputusan penghitungan undi di halaman web MalaysiaKini pada malam 5hb Mei. Jumlah pengguna internet melayari MalaysiaKini pada malam itu mencecah rekod terbaru sejak media internet tersebut dilahirkan pada tahun 1999. Perkara sebegini berlaku akibat suratkhabar bahasa Malaysia and Inggeris tempatan sudah lama menjadi lidah bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional, sementara suratkhabar bahasa mandarin yang dikendalikan oleh organisasi komersial sedikit sebanyak masih membuat liputan berita pihak pembangkang kerana hendak menjaga pasaran jualan akhbar mengikut reaksi dan kehendak golongan pembacanya.

0:56 Disebabkan kebebasan media dikongkong oleh satu pihak, ahli biasa parti DAP (saudara Hew Kuan Yau) mengecam semua media utama ini adalah rakan sejenayah bagi pihak kerajaan (BN) di mana mereka cuba membuat liputan palsu yang dianggap beliau sebagai jampi(baldi?) yang diturunkan oleh bomoh kepada rakyat. Saudara Hew bertekat menghancurkan segala penipuan, rasuah dan kezaliman BN di kalangan masyarakat bawahan Cina walaupun beliau terpaksa berceramah dalam bahasa lisan yang lebih kasar demi menuntut kebebasan bersuara.

1:12 Anwar (Ketua Pakatan Rakyat) berucap: BN tidak yakin diri kepada rakyat jelata di tanahair sendiri sehingga sanggup menipu! membeli undi! memaksa warga Bangladesh, Indonesia, Filipinos mengundi kepada BN!

1:15 Beliau berkata BN telah melakukan penipuan dalam PRU-13, dan demokrasi telah dibunuh mati! Anwar akan membongkar penipuan BN di 30 kawasan (Parlimen?) dengan bukti-bukti yang dikumpulkan nanti. Beliau menyeru semua rakyat berpakaian hitam di perhimpunan di Pulau Pinang pada keesokaan hari. Beliau berkata perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat ini akan dijalankan berterusan di seluruh negara. Anwar juga berkata beliau tidak akan bersara mengundur diri selagi amanah rakyat kepada PAKATAN tidak dikembalikan.

1:38 Pihak polis mengatakan bahawa 33 orang yang berucap di malam perhimpunan itu mungkin akan ditahan di bawah kesalahan menghasut dan mengancam keselamatan negara, dan jika disabit bersalah hukumannya boleh jadi penjara 5 tahun.

1:47 (Gambar 2 orang wartawan Apple Daily yang membuat liputan di atas)
sumber



You may also like

No comments:

Thanks for reading :)